Slovakia akan menggunakan kemenangan ke atas Poland dalam saingan Euro 2020 apabila berdepan Sweden malam ini.

Skuad kendalian Stefan Tarkovic mendahului Kumpulan E selepas menang 2-1 di St Petersburg Isnin lalu, Milan Skriniar bertindak selaku penjaring gol kemenangan.

Ia merupakan kemenangan kedua mereka dalam Kejuaraan Eropah buat Slovakia, yang menikmati enam perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan.

Selepas permulaan yang cemerlang, Tarkovic terpaksa menerima perkhabaran kurang senang apabila dua individu dalam pasukan positif coronavirus.

Pertahanan, Denis Vavro dan salah seorang staf pasukan namun Tarkovic berkata protokol UEFA telah dipatuhi 'bagi mengelak penularan', dengan dua individu tersebut dalam pengasingan.

Kemenangan akan meletakkan Slovakia ke pusingan kalah mati tetapi mereka berdepan Sweden yang memperoleh satu mata apabila berjaya seri tanpa jaringan dengan Sepanyol.

Skuad kendalian Janne Andersson itu tidak menunjukkan sebarang ancaman ketika Sepanyol mendominasi perlawanan, mereka menikmati 85 peratus kawalan permainan.

Sweden hanya melakukan 162 hantaran manakala Sepanyol melakukan 917.


Dinamik perlawanan sama sekali berbeza dan pemain Sweden bakal berada di bawah untuk berusaha layak ke peringkat seterusnya.

Sweden turut dalam usaha untuk menghapus badi apabila tewas dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan kejohanan utama sejak empat kejohanan terdahulu.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut adalah bertemu Sepanyol, England, Itali dan Jerman.