RUSSIA 1 FINLAND 0

Russia kembali menyalakan harapan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Euro 2020 apabila meraih kemenangan 1-0 ke atas Finland di Saint Petersburg, sebentar tadi.


Penyudah luar biasa Aleksey Miranchuk memastikan pasukan bimbingan Stanislav Cherchesov itu bangkit daripada kekalahan 0-3 kepada Belgium.

Gol Miranchuk dalam masa kecederaan babak awal menerusi rembatan pertama yang menuju tepat ke sasaran -- penantian paling lama untuk sebarang usaha mencetak gol dalam edisi kali ini -- menghasilkan penamat menarik untuk Kumpulan B.

Peluang kedua-dua pasukan untuk ke pusingan seterusnya masih terbentang memandangkan masing-masing sudah mengutip tiga mata selepas dua perlawanan.

Permulaan perlawanan itu menyaksikan Finland dinafikan jaringan pembukaan yang dibatalkan oleh penjaga garisan selepas Joel Pohjanpalo didapati ofsaid sebelum menanduk masuk umpanan silang Jukka Raitala.

Russia kemudian bertindak balas tetapi Magomed Ozdoev seharusnya melakukan sentuhan yang lebih baik ketika menyerang selepas menerima hantaran Miranchuk dari jarak dekat.




Tuan rumah kehilangan Mario Fernandes akibat kecederaan dan penggantinya, Vyacheslav Karavaev, hampir memberi impak segera tetapi Jere Uronen sempat mematahkan percubaan yang menerima hantaran silang Daler Kuzyaev.

Namun, Russia memastikan kelebihan dalam babak pertama yang menyaksikan Miranchuk bermain 1-2 dengan Artem Dzyuba di dalam kotak penalti sebelum melengkapkan usaha hebat itu ke sudut kiri atas.

Russia beberapa inci untuk menggandakan keunggulan mereka itu -- tidak lama selepas permainan bersambung namun percubaan Aleksandr Golovin meliar sementara di pintu gol seberang, rembatan Teemu Pukki memerlukan ketangkasan Matvey Safonov.

Tonggak Finland, Lukas Hradecky, cemerlang di sebelah menutup ruang di sebelah kirinya ketika mematahkan percubaan Kuzyaev bagi mengekalkan Finland terus dalam persaingan.

Sungguhpun Russia gagal mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dalam percubaan pada 15 minit terakhir, jaringan awal itu menjulang mereka untuk kemenangan penting di hadapan peminat sendiri yang sentiasa memberikan sokongan padu.