Sekiranya Euro 2020 benar-benar berlangsung tahun lalu, wajar untuk mengatakan Pedri tidak akan berada dalam skuad Sepanyol.

Walaupun dia memberikan impak untuk negaranya dalam Piala Dunia B-17 2019, Pedri tidak tampil beraksi dalam LaLiga hingga September 2020.

Malah mendapat tempat dalam skuad pasukan pertama Barca tidak diberikan setelah dia berhijrah dari Las Palmas. Pada mulanya diharapkan dia akan dipinjamkan ke kelab LaLiga yang lebih kecil, atau tampil untuk pasukan B.

Tetapi Pedri berjaya mengagumkan Ronald Koeman dalam pra-musim dan berjaya memasuki skuad senior dan dia diturunkan dalam hampir semua perlawanan LaLiga musim lalu.

Pemain muda itu meraih tempat dalam skuad kebangsaan Mac lalu dan pada ketika itu, ramai yang mula mencanangkan dia akan kekal bersama pasukan itu untuk 15 tahun akan datang.

Perbandingan dirinya dengan Andres Iniesta mula diperdebat sejak menyertai skuad Las Palmas ketika berusia 16 tahun, kebolehannya mengawal bola, kedua-dua ketika mewakili Barca dan Sepanyol adalah aset bagi membawa pasukan maju ke hadapan.



Ketika Sepanyol tidak cukup menyerlah ketika seri tanpa jaringan dengan Sweden, kegagalan menemui sentuhan jaringan bukanlah perkara yang membimbangkan, ketenangan dan keseleasan Pedri beraksi merupakan antara perkara yang boleh diberikan perhatian dan menggalakkan pasukan.

Berusia 18 tahun, enam bulan dan 18 hari, Pedri menjadi pemain termuda Sepanyol beraksi dalam Kejuaraan Eropah, mengatasi rekod yang telah dicipta 41 tahun yang lalu.

Tiada gugup sepanjang beraksi, pemain tengah itu mengawal bola seperti seorang pemain yang berpengalaman mencari ruang menembusi pertahanan Sweden.

Mungkin terdapat satu perkara yang perlu dipertingkatkan adalah dalam membuat keputusan ketika melancarkan serangan, selepas dia gagal menyempurnakan satu hantaran penting bertemu Sweden.

Sepanyol dijangka menggunakan taktikal yang sama ketika bertemu Poland, seperti bertemu Sweden, bagi aksi kedua dan kematangan Pedri dijangka menjadi satu jaminan buat La Roja memperoleh keputusan positif.