Gareth Southgate mempertahakan pendekatan England ketika seri tanpa jaringan dengan Scotland dalam Euro 2020, menegaskan dia perlu 'mengurus' secara keseluruhan kedudukan mereka dalam kejohanan ini.

Pengendali England itu meratapi persembahan hambar England ketika bertemu Scotland di Wembley.

John Stones menanduk hantaran Mason Mount namun terkena palang dan sejak itu, Scotland beraksi dengan lebih baik hingga memaksa Jordan Pickford berusaha keras menafikan percubaan Stephen O'Donnell sebelum Reece James menghalang percubaan Lyndon Dykes dalam separuh masa kedua.

Ini bermakna England dan Republik Czech bakal bersaing untuk memperoleh tangga teratas Kumpulan D selepas berkongsi empat mata.

"Saya boleh mengatakan bahawa kami memiliki empat pemain penyerang sepanjang perlawanan ini," katanya.


"Ketika ini, jika kami mengejar kemenangan tanpa memikirkan apa yang perlu dihadapi mungkin kami akan menggunakan pendekatan yang berbeza," katanya.

"Perlawanan ini agak sukar, ia bukanlah seperti perlawanan sebelum ini di mana kami mengawal permainan dengan baik. Tetapi kami perlu menguruskan jadual perlawanan dengan baik.

"Mudah untuk mengambil risiko hingga struktur pasukan terjejas dalam lima minit terakhir.

"Saya memahami kami beraksi di Wembley, perlawanan berdepan Scotland di mana semua mahu kami menang, kami mahukan kemenangan.

"Tetapi perkara paling utama adalah kejohanan ini dan layak ke peringkat seterusnya adalah perkara paling penting."