Giorgio Chiellini seorang yang mengagumi penyerang England, Harry Kane, tetapi pertahanan veteran itu berkata Itali perlu bersedia menghadapi setiap ancaman dalam aksi final Euro 2020 awal pagi Isnin ini.

Italy menempah slot ke final menerusi kemenangan penentuan penalti ke atas Sepanyol, sementara England mara ke final Kejuaraan Eropah buat pertama kali hasil jaringan kemenangan Kane dalam tambahan bagi menyingkirkan Denmark.

Selepas permulaan perlahan Euro 2020, penyerang Tottenham, Kane, telah meledak empat gol dalam tiga pusingan kalah mati dan satu gol lagi dalam aksi final akan menjadikan dirinya peledak jaringan terbanyak England dalam kejohanan utama (kini 10, setaraf dengan Gary Lineker).

The Three Lions menjaringkan enam gol dalam Piala Dunia 2018, mengulangi pencapaian Lineker dalam Piala Dunia 1986 dengan memenangi kasut emas.

Dia hanya di belakang Cristiano Ronaldo dan Patrik Schick (kedua-duanya lima gol) dalam carta penjaring Euro 2020, dengan satu lagi Kasut Emas menjadi sasarannya.

Chiellini beraksi cemerlang buat Azzurri sepanjang perjalanan ke final dan pertahanan Juventus itu mengetahui perlu menampilkan permainan terbaik bagi mengekang kemaraan Kane.

"Ia akan menjadi sukar, sangat sukar," katanya kepada Euro2020.com.

"Saya sangat suka dengan Harry Kane. Saya masih ingat salah satu perlawanan pertamanya bersama England, ketika dia bertemu kami di Turin [mengenai debut penuh Kane, seri 1-1 pada 2015]. Ketika itu dia telah memberikan kesan yang besar buat saya.

"Saya sangat bertuah untuk bertemu Kane dalam perlawanan Juventus menghadapi Tottenham. Dia tahu cara untuk memisahkan barisan pertahanan serta bijak melakukan lorongan. Dia memampu melakukan tandukan, sepakan jarak jauh dan dekat."



Deretan bakat England dalam serangan bermakna Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Jack Grealish berjaya turun sekali dalam kesebelasan utama.

Di sebalik membincangkan tentang kemampuan Kane, Chiellini memberikan amaran kepada rakan senegaranya itu sentiasa berwaspada jika di antara tiga pemain itu turun beraksi.

"England jelas sekali bukan hanya Kane kerana mereka memiliki pemain sayap yang berkualiti dan pemain gantian mereka juga mampu untuk mengisi kesebelasan utama yang boleh memenangi pertandingan ini.

"Pemain-pemain seperti Grealish, Sancho, Rashford, [Dominic] Calvert-Lewin, [Phil] Foden mereka di bangku simpanan tetapi mereka akan pemain berkualiti, termasuk [Jordan] Henderson.

"Ia akan menjadi perlawanan hebat. Kedua-dua pasukan tidak akan takut tetapi kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain."

Perlawanan ini bakal menjadi final yang ke-10 buat Itali (enam Piala Dunia, empat Kejuaraan Eropah), dengan hanya Jerman (14) yang membuat lebih banyak penampilan antara negara Eropah.

Skuad kendalian Roberto Mancini memenangi Kejuaraan Eropah pada 1968, tetapi mengalami dua kekalahan berturut-turut di pentas itu (2000 dan 2012).