Romelu Lukaku tidak memerlukan inspirasi ketika Belgium membuat persiapan menghadapi Portugal dalam Euro 2020, walaupun pertempuran peribadi dengan Cristiano Ronaldo berfungsi sebagai motivasi tambahan.

Ronaldo mengalahkan Lukaku dalam carta penjaring gol Serie A bagi musim 2020-21, dengan bintang Juventus yang berusia 36 tahun itu menjaringkan 29 gol berbanding jumlah penyerang Inter yang mencatatkan 24 gol.

Semasa Ronaldo memenangi pertarungan itu, Lukaku memimpin Inter menjuarai Serie A buat pertama kali dalam 11 tahun.

Kedua-duanya kini akan bertemu di pentas antarabangsa, Belgium bertemu Portugal di Seville awal pagi Isnin dalam memburu tempat ke suku akhir.

"Pada tahap peribadi, ya," kata Lukaku dalam sidang media ketika ditanya apakah menentang Ronaldo dalam Serie A telah meningkatkannya dirinya sebagai pemain.

"Sebagai satu pasukan, sangat penting untuk memenangi kejuaraan. Kami telah melakukannya. Ia cukup luar biasa, cara kami berada dalam semua perlawanan besar, kami banyak mereka kemenangan, itu adalah musim yang bagus untuk kami. Kami berharap dapat melakukannya ia tahun depan. "

Lukaku berkata lagi, "Saya ingin menggelecek dan menendang bola sepertinya. Dia sudah pasti inginkan kekuatan saya!"

Bintang Belgium itu setakat ini telah meledak tiga dalam pada Euro 2020, tetapi Ronaldo mendahului dengan lima gol, walaupun tiga daripada jaringan terhasil menerusi penalti.

Ronaldo menjaringkan dua gol ketika beretmu Perancis, menyamai rekod jaringan antarabangsa (109) yang dipegang Ali Daei.



"Setiap rekod jaringannya, merupakan sesuatu yang amat menakjubkan. Jika ada sesiapa yang mampu mencapai bilangan tersebut, sudah pasti Ronaldo adalah orangnya. Saya cukup menghormati apa yang dilakukannya, cukup konsisten.

"Berapa umurnya -- 36? [Juve] tersingkir dalam Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Porto. Cara dia mendapat kritikan, saya tidak dapat mempercayainya.

"Kemudian dalam perlawanan berikutnya, dia meledak hatrik. Apa yang dipamerkan Ronaldo adalah luar biasa, berusia 36 tahun dan masih lagi bermain di tahap yang tertinggi. Cukup menakjubkan."