Skuad negara yang diwakili Shalin Zulkifli, Esther Cheah dan Sin Li Jane meraih pingat emas dalam acara trio wanita boling tenpin Sukan SEA Ke-29 di Sunway Mega Lanes, sebentar tadi.

Mereka mengungguli acara tersebut selepas melakukan 3,835 jatuhan pin.

Shalin beraksi cemerlang apabila menjadi penyumbang terbanyak, iaitu 1,370, sementara Esther 1,240 dan Li Jane 1,225.

Ia emas kedua buat Li Jane dalam temasya ini selepas menguasai acara berpasukan campuran bergandingan dengan Rafiq Ismail, semalam.

Satu lagi trio negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, memperoleh gangsa selepas mengumpul 3,785 jatuhan pin.

Perak dimenangi Singapura yang dibarisi Cherie Tan, New Hui Fen dan Shayna Ng apabila melakukan jatuhan pin kedua terbanyak, 3,795.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.