Skuad boling lelaki negara terus mempamerkan kecemerlangan dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menyapu bersih pingat emas dan perak bagi acara berpasangan lelaki dalam saingan di Sunway Megalanes, sebentar tadi.

Pasangan Syafiq Ridhwan dan Alex Liew menduduki tangga teratas carta keseluruhan untuk meraih emas manakala pemenang acara individu lelaki, Muhammad Rafiq Ismail, yang berpasangan dengan Adrian Ang melengkapkan hari gemilang buat skuad boling negara dengan pingat perak.

Syafiq mencatat 1,302 jatuhan pin sementara Alex meraih 1,345 jatuhan pin menjadikan jumlah keseluruhan 2,647 manakala Adrian dan Rafiq mengutip 2,630 jatuhan pin.

"Saya cuba fokus untuk mengeluarkan segala aksi terbaik yang dimiliki.

"Dalam tiga set terakhir saya bergelut dengan persembahan.

"Untuk menjadi juara adalah kejutan buat saya kerana markah sangat sengit," kata Alex.

"Persembahan Alex sangat genting kerana dia banyak menyumbang.

"Saya harus berterima kasih kepadanya," ujar Syafiq.

Pingat gangsa menjadi milik Indonesia selepas pasangan Hardy Rachmadhan/Billy Muhammad melakukan 2,615 jatuhan pin.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.