Atlet berbasikal negara, Eiman Firdaus Zamri, mencipta rekod kebangsaan yang baru dalam acara kejar-mengejar indvidu lelaki selepas mencatatkan masa 4 minit 25.352 saat dalam aksi kelayakan di Velodrome Nasional, sebentar tadi.

Dia juga berjaya mengungguli kedudukan keseluruhan untuk mengesahkan tempat ke final yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Turut mengikut jejak langkahnya ke final adalah rakan sepasukan, Nur Aiman Zariff, yang merakamkan catatan masa 4:27.957s.


Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.