Perkembangan terbaru mengenai kemelut melibatkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail.

Kegagalan bekas timbalan presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) itu membayar denda ASD25,000 kepada astaf menyaksikan hukuman 15 tahun penggantungannya ditambah.

Menurut kenyataan dikeluarkan ASTAF bertarikh 24 Mei 2021, Ahmad Ismail telah melepasi tarikh akhir rayuan iaitu pada 20 Mei 2021.

Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.