WWE Raw: McIntrye rampas kembali Kejuaraan WWE

Oleh Hafiz Azwany Taher 18 November 2020 5018
WWE Raw: McIntrye rampas kembali Kejuaraan WWE
Hasrat Randy Orton untuk membawa jenama Raw sebagai juara di acara WWE Survivor Series minggu depan terencat apabila Drew McIntyre kembali merampas semula kejuaraan miliknya di acara Raw semalam.

Dengan Kejuaraan WWE sebagai taruhan, The Scottish Psychopath dan The Viper dipertemukan semula dalam perlawanan kemuncak Raw, menyaksikan sebuah perlawanan epik yang amat bertenaga dan bisa membuatkan para penonton tidak senang duduk.

Perlawanan nyaris terhenti awal apabila Orton bertindak licik dengan cuba kalah secara kiraan keluar dan seterusnya mempertahankan kejuaraannya. Namun pegawai WWE Adam Pearce menghalang niat Orton apabila menukar format perlawanan kepada Non Disqualification dan tiada kiraan keluar gelanggang.


Membalas kembali dendam akibat tewas di acara Hell In A Cell bulan lalu, Drew McIntyre bijak mengatur strategi apabila pada satu ketika, beliau berjaya mengesampingkan gerakan penyudah RKO oleh Orton, selajur melancarkan satu Claymore Kick yang padu tepat ke muka Orton.

Kemenangan Drew sekaligus melayakkannya untuk melangkah bergaya ke acara Survivor Series di mana beliau akan bertemu dengan Juara Universal WWE Roman Reigns dalam perlawanan juara lawan juara.


Keputusan lain acara Raw:
1. The New Day pertahankan Kejuaraan Beregu Raw dengan mengalahkan Cedric Alexander & Shelton Benjamin
2. Keith Lee, Braun Strowman, Sheamus dan Riddle tewas kepada Retribution
3. Bray Wyatt tundukkan The Miz
4. Nia Jax, Shayna Baszler & Lana tumpaskan Asuka, Mandy Rose & Dana Brooke
Foto: WWE.com
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Survivor Series pada 23 November ini serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Tentang Penulis

Hafiz Azwany Taher

Komen