Dominik terima ‘ucapan tahniah’ daripada Rollins

Oleh Hafiz Azwany Taher 12 Ogos 2020 1708
Dominik terima ‘ucapan tahniah’ daripada Rollins
Anak kepada bintang legenda Rey Mysterio, Dominik Mysterio menerima sah akan mencabar Seth Rollins di acara Summerslam pada 24 Ogos depan apabila menandatangani kontrak perlawanan tersebut secara rasmi di segmen pembukaan Raw semalam.

Bukan itu sahaja, malah Dominik turut menandatangani kontrak sebagai bintang rasmi WWE dan akan meneruskan legasi bapanya selepas ini. Rollins dengan itu mendakwa, Dominik patut berterima kasih kepadanya kerana semua itu hasil ehsan dirinya yang selama ini melibatkan Dominik di dalam kancah sengketa WWE sehingga melayakkan pemuda berusia 23 tahun itu layak beraksi di WWE.

Sebaik berjaya menumpaskan Humberto Carillo tidak lama kemudian, hasil bantuan sekutunya Murphy, Rollins berjaya memerangkap Dominik dan mengikat anak kesayangan Rey Mysterio itu di tali gelanggang dan tanpa belas kasihan, melibas pemuda itu dengan rotan kendo sebagai tanda ucapan tahniah kerana berjaya bergelar bintang WWE.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Welcome to @WWE, @dominik_35. @wwerollins will see you at #SummerSlam. #WWERaw

A post shared by WWE (@wwe) on



Libasan demi libasan tidak berperi kemanusiaan itu menyebabkan tubuh Dominik calar-balar dan ia turut dikongsikan di laman Instagram WWE bagi menunjukkan betapa seriusnya libasan yang diterimanya itu, selajur membangkitkan lagi amarahnya untuk membenam Rollins di acara Summerslam kelak.
 


Dalam perkembangan lain, pencabar utama Kejuaraan WWE Randy Orton mengejutkan khalayak apabila tergamak mencederakan bintang Hall Of Fame Ric Flair yang selama ini setia bersamanya. Sebaik sahaja selesai menumbangkan Kevin Owens sebelum itu, Orton menyatakan kepada Ric Flair yang dirinya tidak lagi memerlukan bintang berusia 71 tahun itu dan kehadiran The Nature Boy di sisinya hanya akan menjadi beban, ibarat mendukung biawak hidup.

Tanpa disangka, satu pukulan kuat di celah kelangkang diberikan Orton ke atas Ric Flair, sama seperti yang dilakukan Flair ke atas Christian beberapa bulan lalu. Tidak cukup dengan itu, satu punt kick tepat ke kepala bintang legenda itu turut dilaksanakan, menyebabkan bapa kepada Charlotte Flair itu terpaksa diusung keluar oleh pasukan perubatan.

Keputusan lain acara Raw:
1. Bianca Belair kalahkan Zelina Vega
2. Shelton Benjamin tumpaskan Juara Amerika Syarikat Apollo Crews
3. Viking Raiders & Ricochet tewaskan Juara 24/7 Akira Tozawa dan ninjanya, sebelum Akira tewas ditindan oleh R Truth yang merampas kejuaraan tersebut selepas itu
4. Peyton Royce kecewakan Liv Morgan
5. Asuka tumbangkan Juara Wanita Smackdown Bayley, seterusnya melayakkan dirinya sebagai pencabar utama kepada Sasha Banks di Summerslam
6. Shayna Baszler tumbangkan tiga orang lawan di Raw Underground

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Summerslam pada 24 Ogos serta kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Tentang Penulis

Hafiz Azwany Taher

Komen