Bekas Juara WWE dan bintang Hollywood ternama Dwayne “The Rock” Johnson mengesahkan yang dirinya dan ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, bintang berusia 48 tahun itu mendedahkan bahawa isterinya, Lauren Hashian dan dua orang anaknya telah dijangkiti wabak ini dan menyifatkan ia sebagai situasi yang amat getir dan mencabar.

Stay disciplined. Boost your immune system. Commit to wellness. Wear your mask. Protect your family. Be strict about having people over your house or gatherings. Stay positive. And care for your fellow human beings. Stay healthy, my friends. DJ ? #controlthecontrollables

A post shared by therock (@therock) on



Tidak menyangka perkara ini akan mendatangi diri dan ahli keluarganya, The Brahma Bull namun demikian bersyukur kerana dua orang anaknya Jasmine dan Tiana yang masing-masing berusia 2 dan 4 tahun hanya mengalami gejala sakit tekak. Berbeza berbanding dirinya dan isterinya Lauren yang mengalami tanda yang gejala yang lebih serius.

“Kami bersyukur kerana ada yang mengalami nasib yang lebih buruk daripada kami. Terdapat beberapa rakan rapat kami yang telah kehilangan ibu bapa akibat pandemik ini dan kami sedang berusaha sedaya upaya untuk tabah mendepani ujian ini,” ujarnya.

Bintang Fast and Furious ini juga sempat berpesan melalui kapsyen videonya agar sentiasa berdisiplin, memakai pelitup muka dan mengambil langkah waspada jika terlibat atau menganjurkan sebarang perhimpunan.


(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acara WWE Clash of Champions pada 28 September depan serta kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.