Booker T optimis ahli gusti Malaysia, Shaukat, mampu menyerlah dalam WWE

Oleh Ammar Hakim 5 Januari 2021 31708
Booker T optimis ahli gusti Malaysia, Shaukat, mampu menyerlah dalam WWE
Booker T percaya ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka Farid, ditakdirkan untuk pentasi tertinggi dunia gusti.

Ahli Dewan Kemasyhuran dua kali WWE, dijadualkan akan membuat penampilan dalam WWE Raw bagi episod istimewa yang bertemakan 'Legends Night', berbincang mengenai Shaukat semasa pengacara Astro Supersport, Mark O'Dea.

"Dia adalah remaja yang saya temui di Malaysia ketika saya pergi ke sana satu ketika dan dia sangat mengagumkan.

"Dia makan malam bersama saya dan bertanyakan soalan seperti apa yang diperlukan untuk membuat gusti profesional di Malaysia, dan saya mengatakan bahawa dia mungkin perlu menjadi orang yang membuatnya dan menariknya.

"Dia mula menonton video gusti terbaik dunia dan dia menjadi begitu istimewa sehingga dia membuat organisasi gusti sendiri di Malaysia!

"[Ketika] dia berkata kepada saya kerana Booker T, Malaysia kini memiliki saingan gusti, ia membuatkan saya seperti seram sejuk," katanya.
 

Juara dunia enam kali itu juga mendedahkan perancangannya untuk membawa Shaukat masuk ke dalam Reality of Wrestling, promosi gusti profesional yang bebas berpusat di Houston, Texas.

"Dia seorang yang istimewa. Dia mempunyai kemampuan untuk membuat peminat berasakan cara tertentu ketika anda menontonnya.

"Seorang ahli gusti yang sangat berbakat. Saya tidak sabar menunggu pandemik Covid-19 berakhir sehingga saya dapat membawanya ke sini dan ke Reality of Wrestling dan berharap ke WWE satu hari nanti."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen