Desas desus sama ada AJ Styles akan terus akan bersama WWE atau sebaliknya berakhir apabila bekas Juara WWE sebanyak 2 kali itu mengesahkan telah memperbaharui kontrak bersama WWE.

Melalui ciapan di Twitter hari ini, The Phenomenal One telah menyampaikan berita itu kepada peminat di samping memperkenalkan "ahli keluarga" terbaharunya.

Kontrak selama tiga tahun AJ bersama WWE sebelum ini akan berakhir pada bulan hadapan setelah membuat penampilan sulung di acara WWE Royal Rumble 2016. Dengan kontrak baharu yang termeterai, dijangka AJ akan terus bersama WWE untuk beberapa tahun lagi.

AJ telah dijadualkan untuk menentang bekas Juara Dunia 14 kali Randy Orton di acara WWE Wrestlemania 35 pada 8 April ini.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi bekas bintang Impact Wrestling iaitu DJ Z atau Zema Ion telah menerima lamaran daripada WWE dan dijangka akan mula beraksi tidak lama lagi di jenama NXT.

Bintang berdarah Filipina yang juga merupakan bekas Juara X Division ini telah ditawarkan kontrak pada lewat Februari lalu dan akan memberikan saingan sengit di 205 Live. Setidak-tidaknya mengisi tempat bekas rakan seperjuangannya TJP yang telah dilepaskan oleh WWE beberapa minggu lalu.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia,WWENetwork. Saksikan acaraWWEWrestlemania pada 8 April depan dan kesemua acaraWWEPay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusifWWENetwork, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.


Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.