Persatuan Tenis Wanita (WTA) memberi penghormatan kepada Ana Ivanovic selepas bekas pemain no.1 dunia itu mengumumkan persaraan daripada arena tenis pada Rabu.

Ivanovic, juara Terbuka Perancis 2008, mengesahkan keputusan menggantung raket dalam paparan video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya dengan menjelaskan bahawa masalah kecederaan menjadi punca persaraannya.

Karier gemilangnya yang melibatkan 480 kemenangan dan 15 kejuaraan, telah disambut WTA menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter dengan kapsyen: "Pemain no.1 dunia dan juara Grand Slam #ThankYouAna."