Jaguh tenis wanita, Serena Williams, telah mengumumkan pertunangannya dengan pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian, pada Khamis.

Williams menerima lamaran Ohanian menerusi laman Reddit miliknya yang dimuat naik dalam bentuk puisi.

Ohanian membalas kenyataan yang dimuat naik pemain wanita no. 2 dunia itu yang bertajuk 'Saya setuju' dengan komen: "Kamu telah membuat saya selaku lelaki paling bahagia di atas muka bumi ini."

Ohanian turut berkongsi kenyataan di Reddit itu di laman Facebook miliknya dengan ayat: "Dia setuju."

Pertunangan Williams turut dihamburkan dengan ucapan tahniah oleh Persatuan Tenis Wanita (WTA) menerusi laman Twitter.

Tweet 1