Wawrinka azam tampil permainan terbaik singkirkan pemain No.1 dunia

Oleh Sacha Pisani 17 November 2016 0
 Wawrinka azam tampil permainan terbaik singkirkan pemain No.1 dunia
Stan Wawrinka teruja untuk berdepan pemain nombor satu dunia, Andy Murray, untuk memastikan dia mara ke peringkat separuh akhir Final Jelajah ATP Dunia. 

Pemain Switzerland yang turun sebagai pilihan kelima kejohanan itu meneruskan cabarannya hasil kejayaan menjinakkan Marin Cilic 7-6 (7-3), 7-6 (7-3).

Wawrinka akan berdepan Murray yang memiliki rekod positif 9-7 dalam sejarah pertemuan mereka.

"Apa yang saya tahu jika saya ingin layak, saya perlu menang," kata Wawrinka untuk pertemuan di Arena O2, London. 

"Saya akan mempamerkan permainan terbaik saya untuk menundukkan pemain nombor satu dunia. Ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit. 

"Kami telah berentap banyak kali. Dia kini berada di kemuncak permainannya. Ini sesuatu yang menarik. 

"Saya gembira untuk beraksi di depan penyokongnya. Saya pasti ia akan menjadi suasana yang hebat."

Sementara itu pemain Perancis, Gael Monfils, terpaksa menarik diri dalam aksi terakhir peringkat round robin untuk berdepan Novak Djokovic akibat kecederaan tulang rusuk. 

"Saya bekerja keras untuk sampai ke sini. Saya kecewa, tetapi situasi ini akan menjadikan saya lebih kuat pada tahun hadapan," katanya mengenai kejohanan yang melibatkan lapan pemain terbaik di dunia itu. 




Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen