Roger Federer telah didesak untuk berhenti bermain tenis oleh ayah Novak Djokovic, yang mendakwa anaknya dan Rafael Nadal ditakdirkan untuk menjatuhkan pemain Switzerland itu dalam senarai pemenang grand slam lelaki sepanjang zaman.

Komen berani daripada Srdan Djokovic datang ketika dia berbicara dengan Media Serbia Sport Klub, di mana Novak Djokovic menggambarkan Federer sebagai 'mungkin pemain tenis terhebat dalam sejarah'.

Pengakhiran buat 'Big Three'masih lagi kelihatan samar, dengan Federer yang kini berusia 38 tahun mendahului dengan 20 gelaran setakat ini.

Ia meletakkannya dirinya satu di depan Nadal dan mendahului Djokovic dengan tiga gelaran ketika koronavirus menyaksikan beberapa saingan terpaksa ditangguh.

Federer cuti sepanjang tahun ini setelah menjalani pembedahan lutut, menyaksikan dirinya terlepas saingan Terbuka AS dan Terbuka Perancis, dengan kedua-dua kejohanan masih berharap diteruskan bagi baki musim 2020.

Srdan Djokovic telah menyarankan juara Wimbledon lapan kali itu bersara daripada arena tenis.

"Apa yang anda dapat fikirkan jika dia masih bermain di usia 40?" kata Srdan Djokovic.

"Bayangkan, seorang lelaki berusia 40 tahun masih bermain tenis, ketika dia berpeluang untuk melakukan beberapa perkara yang lebih menarik.

"Tetapi sejak Nadal dan Djokovic mula mengejar rekodknya, dia sama sekali tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka mampu meraih lebih banyak gelaranya daripadanya Pergilah, besarkan anak-anak, melakukan sesuatu yang lain, pergi dan bermain ski, melakukan sesuatu selain tenis."