Ash Barty memenangi perlawanan pertamanya di gelanggang tanah liat selepas bergelar juara dalam Kejohanan Terbuka Perancis pada 2019 apabila pemain nombor satu dunia itu melayakkan diri ke pusingan 16 Kejohanan Terbuka Volvo malam tadi.

Barty -- yang kali terakhir turun ke galanggang tanah liat ketika memenangi kejohanan di Rolland Garros sebelum pandemik koronavirus hampir dua tahun lalu -- mempamerkan aksi hampir sempurna untuk menewaskan Misaki Doi 6-2, 6-1.

Selepas menjuarai terbuka Miami bulan lalu, pemain pilihan utama, Barty, meneruskan aksi kukuhnya dalam kejohanan WTA 500 itu untuk meraih kemenangan dalam masa lebih-kurang sejam di Charleston.

"Saya perlu memanfaatkan peluang untuk mencuba dan membina sedikit keselesaan.

"Saya fikir berehat beberapa hari di antara Miami dan perlawanan pertama kejohanan ini amat penting, bukan sahaja untuk badan saya berehat tetapi juga untuk bersedia terhadap perubahan permukaan gelanggang.

"Ia waktu yang amat singkat tetapi saya rasa amat hebat malam ini," katanya.

Barty -- yang kini melebarkan rekod kemenangan kepada 15-2 sepanjang 2021 -- seterusnya akan berdepan Shelby Rodgers, yang mengatasi pemain pilihan ke-13, Amanda Anisimova, 1-6, 7-5, 6-4 dalam satu lagi perlawanan.