Ash Barty tidak berdepan masalah untuk menewaskan Laura Siegemund menerusi penampilan pertamanya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Stuttgart selepas hanya memerlukan 84 minit untuk meraih kemenangan 6-0, 7-5.

Pemain nombor satu dunia itu berdepan tentangan daripada bekas juara berkenaan dalam set kedua tetapi dia memenangi kesemua 24 mata daripada servis pertamanya dan mencatatkan 19 winner.

Menanti jaguh Australia itu selepas ini adalah sama ada Jelena Ostapenko atau Karolina Pliskova.

Sementara itu, juara bertahan, Petra Kvitova, yang juga pilihan keenam kejohanan, bangkit daripada kekalahan dalam set kedua untuk mengatasi Maria Sakkari 6-3, 3-6, 6-3 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.