David Goffin mengakhiri kemarau tewas dalam final selepas menewaskan Alexandr Dolgopolov dalam tiga set untuk melakar kemenangan dalam Terbuka Shenzhen, semalam.

Pemain pilihan kedua di Shenzhen, Goffin, telah tewas dalam aksi penentuan sebanyak enam kali sejak menjulang gelaran Jelajah Dunia ATP dalam Terbuka Moselle pada September 2014.

Bagaimanapun, pemain tenis dari Belgium itu cemerlang untuk mengetepikan Dolgopolov, 6-4, 6-7 (5-7), 6-3, melonjakkan peluangnya untuk melayakkan diri ke saingan Final ATP di London.

Persembahn mantap memberikan Goffin kemenangan set pertama sebelum Dolgopolov bangkit dalam set kedua. Pemain pilihan kelima itu memiliki kelebihan 5-1 sebelum Goffin meraih kemenangan empat permainan.

Dolgopolov tidak memberikan ruang kepada Goffin apabila memaksa permainan ke penentuan tie-break sebelum beraksi dalam set ketiga.

Bagaimanapun, ia tidak menggugat Goffin untuk tewas sekali lagi dalam final selepas berjaya mendahului permainan 5-3 sebelum menyempurnakan kejayaan dengan pukulan kilas yang penuh bergaya.