Andy Murray mempamerkan kebangkitan menakjubkan dalam set terakhir untuk menewaskan sorang lagi pemain peluang khas, Robin Haase, dalam Kejohanan Tenis Terbuka Rotterdam malam tadi.

Murray, yang disingkirkan seawal pusingan pertama Kejohanan Terbuka Sud de France, meraih 33 winner dalam laluannya mencatatkan kemenangan 2-6, 7-6, 6-3 -- kemenangan pertamanya dalam kejohanan jelajah sejak Terbuka Amerika Syarikat 2020.

Pemain Scotland itu bermula perlahan sehingga ketinggalan 1-4 dalam set pertama sebelum pemain tuan rumah, Haase, mudah mencuri kemenangan dalam set pembukaan itu.

Murray kemudian terpaksa melalui penentuan tie-break sebelum memenangi set kedua dan dia sekali lagi ketinggalan 0-3 dalam set penentuan.

Bagaimanapun, dia mempamerkan aksi gemilangnya dalam enam game berikutnya untuk meraih kemenangan kelima daripada enam pertemuan dengan Haase.
"Tenis","ATP","Andy Murray","Robin Haase"