Perjuangan Elina Svitolina untuk memburu gelaran grand slam pertamanya kian berhasil apabila melayakkan diri ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis pada ketika Simona Halep dan Kiki Bertens terkandas malam tadi.

Svitolina merupakan satu-satunya pemain dalam kelompok lima pilihan terbaik yang masih bersaing dalam kejohanan itu selepas menewaskan wakil tuan rumah, Caroline Garcia 6-1, 6-3, sekali gus akan mencongak perhitungan dengan Nadia Podoroska, yang menewaskan Barbora Krejcikova 2-6, 6-2, 6-3.

Ketika Svitolina meneruskan kemaraanya, Halep pula tewas mengejut 1-6, 1-2 kepada Iga Swiatek manakala Bertens -- yang merupakan pilihan kelima di Roland Garros -- kalah 4-6, 4-6 kepada Martina Trevisan.

Hanya tinggal tiga pemain dalam kelompok 10 pilihan terbaik yang masih bersaing di Paris dan Svitolina berada di ranking tertinggi pada ketika ini.