Rafael Nadal tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Perancis dengan menewaskan Stefano Travaglia di Court Philippe-Chatrier malam tadi.

Pemain Itali, Travaglia, mempunyai nama keluarga yang membawa maksud 'masalah' tetapi Nadal tidak berdepan sebarang kesulitan untuk menang 6-1, 6-4, 6-0.

Berdasarkan statistik, jaguh Sepanyol itu memenangi 82 peratus matanya daripada servis keduanya berbanding servis pertama.

"Saya bermain dalam perlawanan terbaik tahun ini di Roland Garros. Saya harap dapat bermain dengan cara ini sehingga ke penghujungnya," kata Nadal dalam temu bual dalam gelanggang.


Saingan pusingan awal itu lebih penting buat Nadal berbanding kebiasaannya memandangkan dia tiba ke Perancis dengan kekurangan persediaan selepas menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Western and Southern dan Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Walaupun dia kembali beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Itali, ia merupakan kejohanan pertamanya sejak Februari lalu dan dikejutkan apabila tewas kepada Diego Schwartzman di gelanggang tanah liat yang begitu sinonim dengan keupayaannya.

Sedikit demi sedikit, juara 12 kali Terbuka Perancis itu mula menemui sentuhan terbaiknya di Paris.

Travaglia turut muncuri tumpuan dalam pertemuan itu, terutama ketika memberikan cabaran dalam set kedua tetapi untuk menewaskan Nadal di atas gelanggang tanah liat, ia bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan pemain di ranking ke-74 dunia itu.

Nadal seterusnya akan berdepan Sebastian Kodra dalam pusingan 16.