Jannik Sinner mengikut jejak tiga legenda tenis dunia apabila menjadi pemain remaja keempat dalam sejarah perseorangan lelaki mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Miami malam tadi.

Pemain Itali berusia 19 tahun itu melakukan tiga pukullan kilas gemilang untuk memarahkan servis lawan di mana dia menewaskan wakil Sepanyol, Roberto Bautista Agut, 5-7, 6-4, 6-4 dalam separuh akhir.

Ia bermakna, Sinner telah menyamai rekod yang dilakukan Andre Agassi, Rafael Nadal dan Novak Djokovic -- pemain yang kemudian menduduki ranking nombor satu dunia -- sebagai pemain remaja yang mara ke final Kejohanan Masters 1000 itu.

Dia seterusnya akan berdepan Hubert Hurkacz dalam final.

Sinner berkata: "Ia kedengaran hebat, saya benar-benar gembira hari ini kerana amat jelas, beraksi dalam separuh akhir bukanlah sesuatu yang mudah, terutama dalam kejohanan Masters seperti ini dan berdepan lawan yang amat-amat ampuh seperti Roberto.

"Kami berdepan perlawanan yang amat-amat sengit dua minggu lalu (dalam Terbuka Dubai) dan untuk menjadi pemenang hari ini amat-amat bermakna buat saya," katanya.

Sinner juga memenangi pertemuan dua pemain itu di Dubai bulan lalu.

Agassi (1990) dan Djokovic (2007) merupakan juara remaja dalam kejohanan itu selepas masing-masing menewaskan Stefan Edberg dan Guillermo Canas dalam final. Nadal pula tewas kepada Federer dalam final pada 2005.