Terbuka Miami: Halep tarik diri kerana cedera

Oleh Muzaffar Musa 28 Mac 2021 22
Terbuka Miami: Halep tarik diri kerana cedera
Simona Halep menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Miami kerana kecederaan bahu.

Halep menewaskan Carolina Garcia dalam perlawanan pusingan kedua di Florida, Khamis lalu tetapi pemain nombor tiga dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya dan tidak dapat berdepan Anastasija Sevastova.

Juara grand slam dua kali itu berkata: "Saya memohon maaf kerana terpaksa menarik diri daripada acara perseorangan dan beregu dalam Terbuka Miami tetapi kecederaan saya tidak membenarkan saya bermain seperti yang diharapkan.

"Saya sedih kerana tidak dapat meneruskannya, saya mahu datang ke sini untuk memberikan yang terbaik dan bermain dalam sebanyak perlawanan yang mungkin tetapi malangnya, saya tidak dapat melakukannya.

"Harap-harap saya akan kembali ke sini tahun depan dengan lebih sihat dan lebih baik," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen