Ash Barty melebarkan rekod kemenangannya di gelanggang tanah liat kepada 14 perlawanan selepas menewaskan Iga Swiatek dengan keputusan straight-set dalam Kejohanan Tenis Terbuka Madrid malam tadi.

Juara Terbuka Perancis 2019 itu menewaskan pemenang di Rolland Garros tahun lalu berkenaan 7-5, 6-4 untuk melangkah ke suku akhir kejohanan di ibu kota Sepanyol itu.

Swiatek juga turun ke pertemuan itu dengan rekod 18 set tanpa kalah di atas tanah liat dan berada di depan 3-0 dalam set pembukaan.

Bagaimanapun, Barty bangkit dengan mempamerkan permainan terbaiknya menerusi servisnya, di mana 80 peratus daripadanya berpunca daripada pukulan pertamanya untuk mengelak daripada ketinggalan sehigga penghujung set berkenaan.

Pemain nombor satu dunia itu pada satu ketika ketinggalan 0-40 pada kedudukan 3-2 dalam set kedua tetapi bertahan dengan baik untuk memastikan kemenangannya.

Barty akan berdepan pemain pilihan kesembilan, Petra Kvitova, dalam suku akhir selepas pemain itu mengatasi Veronika Kudermetova 6-3, 6-4, 6-4.