Terbuka China: Nadal bertemu Kyrgios dalam final

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2017 99
Terbuka China: Nadal bertemu Kyrgios dalam final
Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan rekod sempurna beraksi dalam perlawanan separuh akhir pada 2017 dengan kemenangan ke atas Grigor Dimitrov dalam Terbuka China untuk mara ke final.

Untuk menempah slot ke final bertemu Nick Kyrgios, yang menundukkan Alexander Zverev, Nadal meraih kemenangan kesembilan dalam perlawanan separuh akhir.

Pemain Sepanyol itu diberikan tekanan oleh Dimitrov, yang hanya berjaya mengetepikan Nadal 12 bulan lalu dalam suku akhir kejohanan yang sama.

Namun, kali ini Dimitrov berjaya bangkit daripada ketinggalan satu set untuk membawa perlawanan ke set penentuan tetapi gagal mengekalkan rentak, sekaligus memberikan kemenangan kepada Nadal.

Nadal, yang berada dalam misi untuk merangkul gelaran kedua Terbuka China yang dimenangi kali terakhir pada 2005, merakamkan kemenangan 6-3, 4-6, 6-1 dalam tempoh dua jam dan 16 minit.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen