Bekas pemain nombor empat dunia, Kei Nishikori, terkejut dengan kebangkitannya sendiri apabila terselamat daripada disingkirkan dalam Kejohanan Tenis Terbuka Barcelona.

Nishikori pada suatu ketika ketinggalan 4-6, 2-4 dan dipaksa untuk mematahkan servis Guido Pella yang berusaha menutup set kedua, tetapi dia mula menghambat permainan untuk kemenangan 4-6, 7-6 (7-4), 6-2, pagi tadi.

Juara dua kejohanan ATP 500 di tanah liat Barcelona itu melakukan tiga servis dalam set terakhir sebelum mengesahkan tempatnya ke pusingan kedua.

"Dia memiliki peluang dengan servis di kedudukan 6-5," kata Nishikori.

"Dia jauh lebih baik dalam set pertama dan kedua selain ketika mendahului 3-0 dalam set penentuan. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bangkit tetapi dalam set ketiga, saya beraksi jauh lebih baik.

"Saya membuat banyak kesilapan sendiri dalam set pertama dan kedua. Mungkin dia sedikit keletihan dan saya pula mempamerkan aksi bertenaga dalam set ketiga. Saya mahu meneruskan rentak ini dalam pusingan seterusnya. Cara saya berjuang hari ini dan cara saya beraksi dalam set ketiga adalah bagus. "



Finalis Terbuka AS 2014 itu akan berdepan pilihan ke-13 Cristian Garin esok.

Ilya Ivashka pula mengatasai Tallon Griekspoor 6-3, 6-1 untuk bertemu pilihan utama dan juara Grand Slam 20 kali, Rafael Nadal.

Cameron Norrie, Pablo Andujar, Jeremy Chardy, Pierre-Hugues Herbert, Jaume Munar, Federico Gaio, Egor Gerasimov dan Bernabe Zapata Miralles turut mara ke pusingan 32 itu.