Dominic Thiem mempamerkan persembahan cemerlang unuk mengelak daripada kekalahan di tangan Rafael Nadal dan melangkah ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali pertama sebentar tadi.

Nadal memenangi kelima-lima pertemuan dengan Thiem dalam saingan grand slam -- termasuk dua perlawanan akhir Terbuka Perancis -- tetapi wakil Austria itu menyingkirkan pilihan utama kejohanan kali ini dengan kemenangan 7-6 (7-3), 7-6 (7-4), 4-6, 7-6 (8-6) selepas bertarung selama 4 jam dan 10 minit di Rod Laver Arena.

Thiem sebelum ini tidak pernah mara ke suku akhir di Melbourne tetapi bakal berdepan Alexander Zverev dalam aksi separuh akhir.

Pilihan utama, Nadal, mempunyai perselisihan dengan pengadil, Aurelie Tourte, ketika harapannya untuk memenangi grand slam yang ke-20 berakhir dengan kekalahan.



Editor: Ammar Hakim