Misi Serena Williams untuk merebut gelaran grand slam ke-24 bermula dengan langkah kanan apabila menyingkirkan Laura Siegemund dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Bintang Amerika Syarikat itu mendominasi permainan untuk kemenangan 6-1, 6-1 di Rod Laver Arena, sebentar tadi.

Williams mahu mengulangi pencapaian Margaret Court dengan mengumpul koleksi 24 gelaran perseorangan apabila tidak menghadapi masalah untuk menafikan kemaraan wakil Jerman tersebut di Melbourne.

Dia melakar kejayaan ke-20 untuk melewati pusingan pertama Terbuka Australia tetapi menunjukkan tanda-tanda kecederaan bahu.




Williams pernah kalah dua kali dalam 10 rekod pertemuan dengan Siegemund, lantas juara tujuh trofi Terbuka Australia itu tidak mahu membuang masa sebaik aksi pembukaan.

Dia berjaya mendesak Siegemund untuk melakukan banyak kesilapan sebelum menang dalam tempoh 56 minit bagi menempah pertemuan dengan Nina Stojanovic.