Serena Williams mengakui bahawa dia akan bergelut dengan kecederaan bahu sepanjang saingan Kejohanan Tenis Terbuka Australia tetapi pemain bintang itu amat yakin bahawa dia akan dapat beraksi baik.

Williams menarik diri daripada Kejohanan Yarra Valley Classic gara-gara kecederaan bahu kelmarin.

Ditanya mengenai perasaannya ketika ini, juara kejohanan grand slam 23 kali itu masih bersemangat.

"Saya berasa agak baik, saya sudahpun menjalani rawatan di bahagian bahu saya. Namun, saya agak yakin ia akan pulih," katanya dalam sidang media.

"Saya berasa amat yakin, saya fikir ia perkataan yang lebih baik dan harap-harap ia akan pulih dalam tempoh dua minggu ke depan," katanya.

Bagaimanapun, Williams berkata kecederaan itu tetap akan menjadi isu utamanya dalam Terbuka Australia, yang akan bermula Isnin ini.

"Ia sudah pasti sesuatu yang perlu saya hadapi sepanjang dua minggu ini. Dengan mengetahuinya, ia akan membantu anda menghadapi kejohanan ini," kata pemain berusia 39 tahun itu.

"Dengan mengetahuinya, saya juga dapat memilih terapi berbeza selepas setiap perlawanan.

"Ia akan menjadi sesuatu yang amat penting," tambahnya.