Terbuka Australia: Naomi Osaka pasang hajat buru Grand Slam kelima

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Februari 2021 90
Terbuka Australia: Naomi Osaka pasang hajat buru Grand Slam kelima
Naomi Osaka sudah pun memgimpikan gelaran Grand Slam kelima selepas menawan Terbuka Australia malam tadi. 

Osaka menambah gelaran utama keempat dalam koleksinya hasil kemenangan 6-4, 6-3 ke atas pemain pilihan ke-22, Jennifer Brady, di Melbourne.

Bekas pemain nombor satu dunia itu muncul pemain wanita pertama sejak Monica Seles pada awal 1990-an apabila meraih kejayaan dalam empat Grand Slam pertama yang disertai dalam kariernya selepas merekodkan kejayaan dalam Terbuka Amerika Syarikat (2018 dan 2020) dan Terbuka Australia (2019).

Osaka turut mendominasi Jelajah WTA untuk meraikan kejayaan berganda, tetapi bintang Jepun dan pilihan ketiga kejohanan itu enggan terlalu jauh melihat masa depannya.

 

"Saya mengambilnya secara berperingkat," katanya, yang meraih mata dalam enam game berturut-turut dalam set pertama ketika di kedudukan 4-4, dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

"Buat masa ini, saya berusaha untuk meraih gelaran lima.Selepas kejayaan lima saya akan mungkin mula memikirkan soal kejayaan ketujuh atau kelapan.

"Saya tidak gemar melihat gambaran yang terlalu besar. Bagi saya, saya suka kehidupan ketika ini. Adalah satu penghormatan apabila Mats Wilander mengatakan bahawa saya akan memenangi setidak-tidak 10 trofi Grand Slam, tentu saja.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu membebani diri sendiri dengan tekanan dan harapan. Saya tahu bahawa semua lawan saya adalah pemain terbaik di dunia dan jika waktunya tiba untuk memenangi Grand Slam buat sekian kali, ia akan tetap tiba jua.

"Tetapi buat masa ini, saya hanya dapat mengawal apa yang mampu saya kendalikan, iaitu usaha keras dan mencipta peluang kepada diri sendiri."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen