Terbuka AS: Gauff gagal ulangi pencapaian lalu 

Oleh Shaiful Shamsudin 1 September 2020 50
Terbuka AS: Gauff gagal ulangi pencapaian lalu 
Pemain wanita sensasi Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff, terkandas dalam pusingan pertama Terbuka AS hari ini.

Pemain remaja berusia 16 tahun itu tersingkir dalam pusingan pembukaan Grand Slam buat julung kalinya setelah tewas 6-3, 5-7, 6-4 kepada pilihan ke-31 Latvia, Anastasija Sevastova.

Gauff mencuri perhatian dunia tenis tahun lalu apabila mara sejauh pusingan keempat di Wimbledon, sebelum mengulangi prestasi itu dalam Terbuka Australia tahun ini.


 
Namun, dia berdepan detik yang sukar dilupakan di Flushing Meadows apabila tewas kepada Sevastova selepas bertarung lebih dari dua jam.

Gauff menamatkan permainan dengan 40 kesilapan sendiri termasuk 13 kesalahan berganda untuk gagal memenuhi jangkaan mengulangi pertemuan dengan Naomi Osaka dalam pusingan ketiga seperti tahun lalu. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen