Novak Djokovic memohon maaf selepas terpukul bola ke arah penjaga garisan dan disingkirkan daripada Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi dengan berkata dia berasa "amat sedih dan kosong".

Pemain nombor satu dunia itu dibatalkan penyertaan dalam kejohanan di New York berkenaan selepas memukul bola ke arah penjaga garisan dalam perlawanan pusingan 16 menentang Pablo Carreno Busta.

Jaguh Serbia itu, yang tidak menyertai sidang media selepas perlawanan, mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf dengan berkata dia akan belajar daripada insiden itu.

"Seluruh situasi itu telah membuatkan saya berasa amat sedih dan kosong," katanya dalam satu kiriman media sosial.

"Saya memeriksa keadaan penjaga garisan itu dan pihak penganjur berkata mujurlah dia berasa OK.

"Saya benar-benar memohon maaf kerana mencederakannya.

"Saya amat tidak berniat. Ia amat salah. Saya tidak mahu mendedahkan namanya bagi menghormati privasinya.

This whole situation has left me really sad and empty. I checked on the lines person and the tournament told me that thank God she is feeling ok. I‘m extremely sorry to have caused her such stress. So unintended. So wrong. I’m not disclosing her name to respect her privacy. As for the disqualification, I need to go back within and work on my disappointment and turn this all into a lesson for my growth and evolution as a player and human being. I apologize to the @usopen tournament and everyone associated for my behavior. I’m very grateful to my team and family for being my rock support, and my fans for always being there with me. Thank you and I’m so sorry. Cela ova situacija me čini zaista tužnim i praznim. Proverio sam kako se oseća linijski sudija, i prema informacijama koje sam dobio, oseća se dobro, hvala Bogu. Njeno ime ne mogu da otkrijem zbog očuvanja njene privatnosti. Jako mi je žao što sam joj naneo takav stres. Nije bilo namerno. Bilo je pogrešno. Želim da ovo neprijatno iskustvo, diskvalifikaciju sa turnira, pretvorim u važnu životnu lekciju, kako bih nastavio da rastem i razvijam se kao čovek, ali i teniser. Izvinjavam se organizatorima US Opena. Veoma sam zahvalan svom timu i porodici što mi pružaju snažnu podršku, kao i mojim navijačima jer su uvek uz mene. Hvala vam i žao mi je. Bio je ovo težak dan za sve.

A post shared by Novak Djokovic (@djokernole) on


"Dengan pembatalan penyertaan ini, saya perlu segera pulang untuk meredakan kekecewaan saya dan mengubah segala yang terjadi ini kepada satu pembelajaran untuk perkembangan dan evolusi saya sebagai seorang pemain dan manusia.

"Saya memohon maaf kepada Kejohanan @usopen dan semua yang terkesan dengan tindakan saya.

"Saya amat berterima kasih kepada pasukan dan keluarga saya kerana menjadi kekuatan saya dan seluruh peminat saya kerana sentiasa berada bersama saya.

"Terima kasih dan saya mohon maaf," katanya.