Sofia Kenin dan Elina Svitolina mengelak kekalahan untuk mara ke suku akhir Terbuka Tenis Wanita Abu Dhabi, malam tadi.

Pemain pilihan utama, Kenin, mengetepikan mata akhir lawan sebelum berjuang untuk kemenangan 3-6, 7-6 (7-5), 6-4 ke atas Yulia Putintseva di Pusat Tenis Antarabangsa Zayed Sports City.

Putintseva mengerahkan kudratnya untuk mengintai kemenangan straight set di kedudukan 6-5, tetapi Kenin sempat mengatur permainan untuk mengheret pertembungan itu ke set penentuan.

Juara Terbuka Australia itu menjelmakan tiga mata break -- 35 berbanding 25 pukulan oleh lawannya yang merupakan ke-13 -- untuk menempah pertemuan dengan Maria Sakkari.




Pilihan kedua, Svitolina, juga di ambang penyingkiran tetapi kental bertahan sebelum mencatat kemenangan 6-2, 6-7 (5-7), 7-6 (10-8) ke atas Ekaterina Alexandrova.

Pemain nombor lima dunia itu menyelamatkan dua mata akhir perlawanan sebelum mengorak kejayaannya ke atas lawannya dari Russia itu.