Tenis Terbuka AS: Thiem bimbang pengadil undang masalah doping 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 September 2020 60
Tenis Terbuka AS: Thiem bimbang pengadil undang masalah doping 
Dominic Thiem kesal dengan tindakan pengadil dalam insiden ketika dia meminta minuman Red Bull dalam kemenangan pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS). 

Pilihan kedua itu meminta minuman tenaga berkenaan ketika menang 6-3, 6-3, 6-2 ke atas Sumit Nagal dalam pertemuan di New York, sebentar tadi. 

Meraikan ulang tahunnya yang ke-27, permintaan pemain dari Austria untuk mendapatkan Red Bull awalnya ditolak dengan laporan mengatakan penganjur tidak mahu label syarikat itu kelihatan.

Tetapi, Thiem menyatakan kekesalan terhadap permintaan pengadil yang memberi keizinan bersyarat, iaitu tin itu perlu dibuang manakala airnya dituang ke dalam cawan biasa tanpa kehadirannya. 

"Tin Red Bull tidak dibenarkan di gelanggang jadi ia tidak mengapa. Saya tahu (peraturan) itu," katanya dalam sidang akhbar selepas pertarungan itu.

"Kadang-kadang minuman itu banyak membantu saya di atas gelanggang jadi saya mahukannya. Saya juga tidak kisah meminumnya dalam cawan biasa."

Thiem menambah: "Mereka mahu membawanya keluar dengan menuangkannya ke dalam cawan biasa (mengelak tin minuman daripada dilihat di gelanggang) tanpa saya memerhatikannya. Itulah yang saya buat sedikit terkilan memandangkan peraturan anti-doping yang sangat ketat. Saya tidak mahu tin itu terlepas daripada pandangan. 

"Secara umumnya, peraturan anti-doping hari ini sangat ketat sebaliknya pengadil mencadangkan minuman saya dituangkan ke dalam cawan biasa tanpa saya memerhatikannya. Ia agak mengganggu emosi saya. 

"Tapi, ia hanya perkara kecil. Ia tidak berlarutan."

Naib juara Grand Slam tiga kali itu akan menentang juara 2014 dari Croatia, Marin Cilic, dalam pusingan ketiga esok.
 
Keputusan lain: 

Perseorangan lelaki: 

Felix Auger-Aliassime klk Andy Murray 6-2, 6-3, 6-4 

Daniil Medvedev klk Christopher O'Connell 6-3, 6-2, 6-4.

Marton Fucsovics klk Grigor Dimitrov 6-7 (5-7), 7-6 (7-4), 3-6, 6-4, 6-1  

Vasek Pospisil klk Milos Raonic  6-7 (1-7), 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 


Perseorangan wanita:

Serena Williams klk  Margarita Gasparyan 6-2, 6-4 

Sofia Kenin klk Leylah Fernandez 6-4, 6-3

Tsvetana Pironkova klk Garbine Muguruza  7-5, 6-3 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen