Sharapova berhak terima hukuman - Dimitrov

Oleh Tom Webber 6 Oktober 2016 3
Sharapova berhak terima hukuman - Dimitrov

Grigor Dimitrov berkata bekas teman wanitanya, Maria Sharapova, berhak menerima hukuman selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang.

Sharapova telah didapati positif menggunakan bahan terlarang, meldonium, selepas Terbuka Australia tahun ini, tetapi Sharapova mendakwa tidak menyedari bahawa ia telah diharamkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) pada 1 Januari lalu.

Pemain tenis Russia itu telah dikenakan hukuman gantung selama dua tahun oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (WTA), namun hukumannya telah dikurangkan kepada 15 bulan selepas Sharapova membuat rayuan kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).

Sharapova akan kembali beraksi pada April 2017, dan bekas teman lelakinya, Dimitrov, memberikan sokongan buat Sharapova untuk kembali menyinar.

Bagaimanapun, pemain tenis Bulgaria itu berkata hukuman tersebut harus dijatuhkan kepada bekas pemain nombor satu dunia itu.

Dimitrov berkata: "Saya berpendapat sukan tenis merindui Sharapova. Sebagai pesaing, dia akan kembali beraksi dengan lebih gigih selepas ini.

"Jika anda melakukan sesuatu, anda harus bersedia menerima akibatnya dan sesiapa yang melakukan kesalahan berhak menerima hukuman."

Tentang Penulis

Tom Webber

Komen