Shanghai Masters: Zverev puji aksi cemerlang Medvedev

Oleh Penulis Jemputan 14 Oktober 2019 38
Shanghai Masters: Zverev puji aksi cemerlang Medvedev
Alexander Zverev menyifatkan juara Shanghai Masters, Daniil Medvedev, sebagai bakat yang unik selepas aksi final, semalam.

Pemain nombor empat dunia, Medvedev, meneruskan prestasi hebat dengan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Zverev -- yang menyingkirkan Roger Federer di peringkat suku akhir -- untuk mengesahkan kejuaraan keempat tahun ini dengan penuh bergaya.

Naib juara Terbuka Amerika Syarikat itu hanya memerlukan sejam dan 30 minit untuk menafikan cabaran Zverev yang menikmati minggu cemerlang di Shanghai.

Sebelum dan selepas aksi final, Zverev melabelkan bintang Russia itu sebagai pemain terbaik dunia ketika ini dan pemain nombor enam dunia itu percaya lawan berusia 23 tahun itu seorang yang unik.

"Medvedev beraksi dengan corak permainan yang tidak pernah dilihat," katanya.

"Mungkin dia tidak meraih kemenangan besar atau melompat ketika melakukan pukulan tetapi gaya permainannya tidak pernah dilihat.

"Dia bermain dengan mendatar. Dia beraksi dengan pukulan yang menyebabkan anda gagal melakukan apa-apa dan saya fikir ia sukar untuk menentangnya dengan cara agresif.

"Kadangkala, sebab itu boleh dilihat dalam kaca televisyen bahawa pemain tidak beraksi agresif menentangnya tetapi saya tidak fikir dia akan benarkan."

Walaupun tewas, Zverev berpuas hati dengan keseluruhan prestasinya dalam saingan ATP Masters 1000 itu.

"Saya fikir telah bermain dengan baik dan kembali berada di landasan terbaik," tambahnya.

"Namun, jelas sekali saya perlu mengekalkannya dalam tempoh yang lama. Melangkah ke final Masters 1000 adalah sesuatu yang besar buat saya dan ia menggembirakan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen