Schwartzman lakar kemenangan epik, cabaran Opelka di New York berakhir

Oleh Ammar Hakim 15 Februari 2020 17
Schwartzman lakar kemenangan epik, cabaran Opelka di New York berakhir
Diego Schwartzman berjaya mengatasi pertembungan sengit dalam saingan suku akhir Terbuka Argentina, sementara usaha Reilly Opelka mempertahankan gelaran di New York berakhir.

Schwartzman, pilihan utama di Buenos Aires, memerlukan tiga jam dan 41 minit untuk mengatasi Pablo Cuevas 5-7, 7-6 (13-11), 7-5 dalam pertembungan epik saingan ATP 250.

Wakil kelahiran Argentina itu, naib juara tahun lalu, menyelematkan empat mata perlawanan dalam set kedua sebelum menundukkan Cuevas.
Menantinya dalam separuh akhir adalah Pedro Sousa, yang melakar kemenangan 7-6 (7-5), 6-4, ke atas Thiago Monteiro.

Casper Ruud berdepan Juan Ignacio Londero dalam satu lagi perlawanan separuh akhir selepas masing-masing mengatasi menang ke atas Dusan Lajovic dan Guido Pella.

Dalam saingan Terbuka New York, usaha Opelka mempertahankan gelaran ebrakhir apabila tewas 5-7, 6-4, 6-4 kepada Jason Jung.

Opelka melakukan 24 servis ace, tetapi juara 2019 itu terpaksa akur dengan kekalahan dalam pertembungan yang berlangsung selama satu jam 52 minit.
Jung bakal berdepan Andreas Seppi dalam separuh akhir selepas pemain veteran dari Itali itu mengatasi Jordan Thompson 6-7 (2-7), 6-4, 6-1.

Kyle Edmund mara menerusi kemenangan 3-6, 6-2, 7-6 (7-5) ke atas Kwon Soon-woo, manakala Miomir Kecmanovic yang mengatasi Ugo Humbert 3-6, 6-2, 6-4.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen