Raonic mudah ketepikan saingan daripada Monfils

Oleh Staff Writer 14 November 2016 1
Raonic mudah ketepikan saingan daripada Monfils

Milos Raonic memulakan kempen Final Jelajah Dunia ATP dengan kemenangan mudah ke atas Gael Monfils di Arena O2 London pada Ahad.

Pemain Kanada itu melakar kemenangan 6-3, 6-4 dalam perlawanan pertamanya dalam Kumpulan Ivan Lendl yang turut menyenaraikan Novak Djokovic.

Menduduki ranking no.4 dunia, Raonic mempamerkan pukulan konsisten dalam kedua-dua set dan sering kali gagal disambut Monfils.

"Perlawanan tersebut nyata sukar, kita semua tahu bahawa Milos memiliki pukulan yang deras," ujar Monfils yang ditemu bual sebaik tamat perlawanan.

"Saya perlu membuat pukukan balas yang lebih baik. Saya berharap mampu melakukannya selepas ini."

Sementara itu, Raonic turut memuji lawannya itu yang memberikan tentangan hebat untuk menghidangkan perlawanan menarik kepada penonton yang hadir.

"Dia bermain dengan cukup baik," jelasnya.

"Saya perlu gembira dengan keputusan ini. Saya rasa berbangga kerana dapat kembali ke sini selepas dua tahun.

"Saya juga gembira dengan cara saya bermain." 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen