Nadal tiada alasan bergelut menjelang Final ATP

Oleh Muzaffar Musa 14 November 2020 86
Nadal tiada alasan bergelut menjelang Final ATP
Rafael Nadal tiada alasan tentang pergelutannya untuk beraksi di gelanggang tertutup tetapi berharap dapat menamatkan penantiannya untuk memenang Kejohanan Jelajah Final ATP, yang akan diadakan di London buat kali terakhir.

Nadal menyamai rekod Roger Federer dengan 20 gelaran grand slam selepas memenangi gelaran Terbuka Perancis buat kali ke-13 dengan kemenangan straight set ke atas Novak Djokovic bulan lalu.

Bagaimanapun, ketika memenangi kejuaraan di setiap gelanggang terbuka sepanjang kariernya, dia hanya memenangi dua gelaran di gelanggang tertutup. Kejayaan itu tidak termasuk kejohanan penutup musim, Final ATP, yang akan berpindah venue ke Turin bermula 2021.

Pemain berbangsa Sepanyol itu merupakan naib juara dalam edisi 2010 dan 2013 dan berkeyakinan untuk menamatkan penantian kejuaraannya dalam edisi ini selepas mara ke separuh akhir Masters Paris.

"Kami tidak jumpa alasan atau sebab tetapi pada akhirnya, nombor akan tetap nombor," kata Nadal mengenai pergelutannya di gelanggang tertutup.

"Saya fikir saya kurang bermain di gelanggang tertutup berbanding di atas permukaan lain, ia tidak syak lagi.

"Pemukaan gelanggang tertutup bukanlah permukaan yang ideal buat permainan tenis saya sejak permulaan karier.

"Saya fikir saya boleh bermain lebih baik sepanjang beberapa tahun ini di gelanggang tertutup berbanding ketika awal karier tenis saya tetapi itulah nombornya.

"Saya tidak boleh menafikannya. Saya harap dapat mengubahnya minggu ini," katanya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen