Garbine Muguruza mahu mempamerkan aksi yang lebih konsisten buat tahun 2017 selepas menjulang gelaran Grand Slam pertamanya tahun ini.

Pemain tenis dari Sepanyol itu mengejutkan Serena Williams dalam aksi final Terbuka Perancis pada Jun untuk menyertai senarai pemenang Grand Slam, dengan Muguruza menewaskan Serena 7-5, 6-4 di Roland Garros.

Dia gagal mengekalkan permainannya sepanjang tahun ini apabila tidak melepasi pusingan kedua Wimbledon dan Terbuka AS.

Sasaran utamanya buat 2017 adalah untuk meningkatkan mutu permainannya dan pemain nombor tujuh dunia itu mahu menjadi pencabar utama dalam saingan Jelajah WTA.

"Saya akan mengambil masa saya untuk segala-galanya. Jika kejayaan tidak hadir tahun depan, saya akan cuba lebih baik pada tahun seterusnya. Ini adalah cara saya untuk saya meyakinkan diri saya sendiri."