Masters Monte Carlo: Goffin pamer permulaan ampuh

Oleh Muzaffar Musa 12 April 2021 31
Masters Monte Carlo: Goffin pamer permulaan ampuh
David Goffin mempamerkan permulaan ampuh dalam Kejohanan Tenis Monte Carlo dengan menundukkan Marin Cilic malam tadi.

Pemain nombor 14 dunia itu tewas ketiga-tiga perlawanan menjelang aksi di Monaco itu tetapi pemain Belgium berkenaan mempamerkan aksi berkelas tinggi kali ini untuk menang 6-4, 3-6, 6-0.

Juara Kejohanan Terbuka Sud de France itu, bagaimanapun, memulakan aksi berkenaan dengan perlahan dan ketinggalan 0-3 dalam set pertama tetapi Cilic melakukan 52 unfored error yang membantu kemaraan Goffin.

"Ia kemenangan yang baik. Kemenangan pertama saya dalam kejohanan di gelanggang tanah liat (pada 2021)," kata semifinalis edisi 2017 itu seperti yang dipetik daripada laman web rasmi ATP.

"Saya melakukan apa yang perlu dilakukan untuk memenangi perlawanan ini.

"Saya bermain dengan baik dan semakin baik. Dalam set pertama dan kedua, saya mengalami masalah untuk melakukan pukulan balas. Dalam set ketiga, saya lebih tekal. Ia perlawanan yang bagus," katanya.

Goffin seterusnya akan menentang sama ada Marco Cecchinato atau Dominik Koepfer dalam pusingan kedua.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen