Garbine Muguruza terpaksa menarik diri daripada perlawanan pusingan pertama saingan Terbuka China kerana masalah kesihatan.

Berdepan Barbora Strycova, pemain nombor satu itu ternyata tidak berada pada tahap terbaik di Beijing selepas gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam set pertama apabila tewas 6-1.

Sebelum perlawanan bersambung, Muguruza telah meminta untuk menarik diri dan ia bermakna pemain Republik Czech itu akan berdepan Julia Goerges dalam pusingan kedua.

Penarikan diri pemain pilihan utama itu memberikan harapan kepada pemain tenis lain seperti Simona Halep, Elina Svitolina dan Caroline Wozniacki untuk mencipta kejayaan dalam kejohanan kali ini.