Karen Khachanov merupakan pemain bukan pilihan terakhir yang kekal bertahan dalam Kejohanan Tenis Masters Paris selepas mengejutkan John Isner, malam tadi.

Bintang Rusia itu melepasi halangan perlawanan panjang seperti yang selalu disajikan Isner menerusi kemenangan dalam aksi tiga set 6-4, 6-7, 7-6 untuk menempatkan dirinya sebaris dengan bintang-bintang dunia seperti Novak Djokovic dan Roger Federer di peringkat suku akhir.

Djokovic pula memanfaatkan penarikan diri Damir Dzumhur manakala Federer meneruskan pemburuan kejuaraan Jelajah Dunia ATP ke-100nya selepas menyingkirkan Fabio Fognini.

Turut mencuri tumpuan di peringkat suku akhir nanti adalah pertembungan dua kuasa besar tenis, Djokovic menentang Marin Cilic, yang meneruskan kemaraan ke pusingan tersebut selepas menewaskan Grigor Dimitrov.