Kerber tamatkan tahun 2016 sebagai pemain no. 1 dunia

Oleh Staff Writer 21 Oktober 2016 1
Kerber tamatkan tahun 2016 sebagai pemain no. 1 dunia

Angelique Kerber disahkan menamatkan musim 2016 selaku pemain wanita no.1 dunia meskipun gagal tampil dengan prestasi terbaik setakat ini.

Pemain berusia 28 tahun itu menikmati musim mantap tahun ini apabila menjuarai dua kejohanan grand slam di samping mara ke final Wimbledon dan merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio.

Kerber dinobat pemain no.1 dunia selepas berakhirnya Terbuka Amerika Syarikat, sekaligus menamatkan dominasi Serena Williams yang memegang takhta selama 186 minggu sebelum ini.

Kerber teruja dapat menamatkan musim ini selaku pemain no.1 dunia tatkala Serena tidak dapat beraksi dalam Final WTA di Singapura ekoran mengalami kecederaan bahu.

"Saya gembira dengan pencapaian dan penghargaan kerana dapat menamatkan musim 2016 selaku pemain no.1 dunia," kata Kerber menerusi WTA.

"Ini adalah impian saya -- untuk menjadi pemain no.1 dunia.

"Saya telah bekerja keras untuk muncul selaku pemain terbaik, pencapaian ini mencerminkan keazaman saya."

Tweet 1

Bagaimanapun, sejak kejayaannya di The Flushing Meadows, Kerber tersingkir awal di Wuhan dan Beijing di samping terkandas dalam suku akhir di Hong Kong.

 


Tentang Penulis

Staff Writer

Komen