Kejayaan Piala Davis impian jadi kenyataan buat Croatia -- Cilic

Oleh Staff Writer 26 November 2018 39
Kejayaan Piala Davis impian jadi kenyataan buat Croatia -- Cilic
Pemain tenis, Marin Cilic, menyifatkan kejayaan Croatia menjulang Piala Davis setelah menewaskan Perancis sebagai mimpi jadi kenyataan buat negaranya.

Croatia sebelum ini hanya menjulang trofi itu sekali pada 2005 dan mengalami kekalahan 3-2 di tangan Argentina dalam aksi final 2016.

Cilic merupakan sebahagian daripada pasukan yang melepaskan pendahuluan 2-1 ke atas Argentina ketika itu, di mana kekalahannya dalam dua set di tangan Juan Martin Del Potro memberikan pelaung untuk Federico Delbonis mengesahkan kemenangan negara Amerika Selatan itu susulan kejayaan menundukkan Ivo Karlovic.

Segalanya tampak indah buat Cilic apabila Croatia mengatasi Perancis 2-1 dalam aksi final kali ini setelah menghidupkan peluang untuk menang menerusi kemenangan berganda, kelmarin.

Namun, Cilic tidak bercadang untuk mengulangi episod duka apabila memusnahkan cabaran Lucas Pouille menerusi straight set dengan mempamerkan aksi mantap untuk mengalahkan juara bertahan itu.

Bercakap mengenai kemenangan 7-6 (7-3) 6-3 6-3 yang diraih, Cilic berkata: "Anda tidak akan menjadi juara dunia setiap hari.

"Bagi kami, ia satu impian jadi kenyataan. Kami sangat berkeyakinan dan anda boleh lihat peminat menikmatinya. Saya rasa di Croatia juga meraikannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen