Jaguh beregu tenis nombor satu terpalit isu doping 

Oleh Staff Writer 15 Januari 2020 238
Jaguh beregu tenis nombor satu terpalit isu doping 
Pemain beregu tenis lelaki nombor satu dunia, Robert Farah, diuji positif menggunakan bahan terlarang Oktober lalu. 

Dia dan rakan senegaranya dari Colombia, Juan Sebastian Cabal, menjuarai Grand Slam Terbuka Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2019 dan malam tadi, dia di samping Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengesahkan keputusan positif ujian penyingkiran pertandingan itu.

Farah sudah pun menarik diri daripada Terbuka Australia atas "sebab-sebab peribadi".

"Program Anti-Doping Tenis mengesahkan sampel yang diberikan Robert Farah pada 17 Oktober 2019 itu adalah  positif bahan boldenone," menurut tweet daripada pihak media ITF.

"Kes ini akan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Perkara 8 TADP."

Farah menyalahkan sampel positif itu disebabkan daging yang tercemar. 

Boldenone merupakan sejenis steroid yang diharamkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) tetapi ia sering digunakan oleh petani Colombia untuk meningkatkan pembesaran lembu.

"Saya yakin itulah yang menghasilkan keputusan yang dipersoalkan ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di akaun media sosialnya.

"Saya akan melalui salah satu saat yang paling menyedihkan dalam hidup dan tanpa keraguan, yang paling menyedihkan dalam kerjaya sukan saya.

"Pasukan dan sekumpulan penasihat saya sedang mencari langkah-langkah untuk saya menjalani satu proses dengan harapan ia dapat membuktikan bahawa saya tidak pernah menggunakan apa-apa produk yang melanggar keadilan dan etika permainan."

Kes Farah itu menjadi semakin hangat selepas ITF mendedahkan pemain nombor 78 dunia, Nicolas Jarry, gagal ujian doping dalam Piala Davis, November lalu apabila sampel air kencingnya dikesan mengandungi ligandrol dan stanozolol.



Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen